1. Pelajar/Kelas akan diberi mata permulaan sebanyak 100 mata.
2. Ketua Tingkatan akan diberi borang kawalan kelas oleh pengawas bertugas dan akan membantu guru mengesan kehadiran pelajar di tapak perhimpunan.Guru akan meletakkan mata yang sesuai mengikut kod Merit Dimerit.Pada akhir persekolahan Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan akan menyerahkan borang kawalan kelas di dalam Fail Borang Kawalan kelas di Bilik Disiplin.Guru Disiplin akan menyemaknya selepas itu.
3.Mata akan ditambah atau ditolak mengikut jadual mata Merit Dimerit yang diikhtiraf oleh pihak sekolah sepanjang waktu p&p. Ketua dan penolong Tingkatan bertanggungjawab memastikan borang kawalan kelas dalam keadaan sempurna dan baik.
4.Setiap salah laku akan diteliti dan perlu mempunyai bukti yang sah sebelum diberi markah Merit Demerit. Guru sahaja yang berhak memberi mata Merit Dimerit
5.Pelajar yang mendapat mata 50, surat panggilan perbincangan disiplin dengan ibubapa/penjaga akan dikeluarkan.
6.Pelajar yang mendapat mata 45 atau kurang akan dibawa ke mesyuarat lembaga disiplin.Keputusan sama ada digantung atau dibuang sekolah akan diputuskan berdasarkan keseriusan kes dan telah mendapat persetujuan daripada semua ahli Lembaga Disiplin. Ibu bapa akan dimaklumkan. Nama pelajar yang terlibat akan dipaparkan di laman Web sekolah.
7.Tindakan merit demerit berkuatkuasa selagi pelajar berada dalam kawasan sekolah bermula dari sesi pagi hingga tamat sesi petang.Tindakan merit demerit berkuatkuasa selagi pelajar merupakan warga SMK(L) Methodist Sentul.
8.Mata Merit demerit pelajar akan direkodkan ke dalam Sistem Data Merit Dimerit di bilik Guru(komputer) oleh Guru Bertugas dan Penyelia Tingkatan secara mingguan.Segala rumusan atau laporan akan dilakukan pada hari akhir minggu tersebut dan dihebahkan keputusannya kepada pelajar pada hari pertama minggu berikutnya.
9.Segala Data/Rekod Merit Dimerit akan di ‘back-up’ oleh guru Disiplin yang bertugas.Paparan mengenai mata Merit Dimerit akan dimasukkan dalam laman web sekolah oleh guru berkenaan(Kelab Pencegah Jenayah/Kelab Komputer). Pelajar boleh mengetahui kedudukan mata Merit Dimerit melalui laman web sekolah.
10.Data kes disiplin akan dimasukkan ke dalam Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan oleh Guru Disiplin dan juga untuk diambil tindakan selanjutnya.
11.Guru dinasihatkan menggunakan pendekatan nasihat atau amaran lisan sebelum merekodkan mata Merit Demerit. Segala perubahan mata Merit Dimerit akan direkod dan tidak boleh diubah melainkan kebenaran Pengetua.

No comments:
Post a Comment