SMK(L)Methodist adalah merupakan beberapa buah sekolah di Zon Sentul yang terpilih dalam program ini .Bertempat di SMK Agama Kuala Lumpur pada 14/9/2009 aktiviti ini dijalankan dengan bertujuan meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan pelajar dijalan raya disamping mempersiapkan pelajar sebagai pengguna yang berhemah.
Sekolah kita telah menghantar seramai 30 peserta yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4.
Aktiviti dijalankan dalam dua sesi iaitu :
1)Teori 2) Praktikal
Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh bekas-bekas pelumba motosikal negara yang profesional yang telah memenangi beberapa kejohanan peringkat Asia.
Menaiki bas dan tiba di SMKAKL jam 8.15 pagi | Diberi taklimat oleh jurulatih yang profesional dalam sesi praktikal jalan raya |
Peralatan yang perlu dipakai semasa sesi praktikal | Motosikal yang digunakan semasa sesi latihan |
Jurulatih menunjukkan cara membelok yang betul | Hero MBS bersiap-sedia menyahut cabaran |
Para peserta menguji kebolehan masing-masing | Kemahiran melakukan brek kecemasan yang betul juga turut di ajar oleh jurulatih |
Pelajar-pelajar MBS beratur untuk mengambil giliran dalam sesi praktikal | Pelajar-pelajar juga didedahkan tentang kaedah asas keselamatan di jalan raya dalam Sesi Teori oleh jurulatih berpengalaman |
Program ini juga melibatkan pelajar perempuan dari sekolah lain | |
Terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Program En. Wazi Abdul Hamid(Juara Expert 1996) kerana menganjurkan program yang berfaedah dan banyak memberi informasi berguna kepada bakal-bakal penunggang motosikal berhemah di jalan raya. |
-Cikgu 4zee-







