Monday, September 14, 2009

Program Pemanduan Selamat Rakan Muda Sekolah 2009

      Program Rakan Muda Sekolah 'Selamat Di Jalan Raya' anjuran Kementerian Belia & Sukan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tentang keselamatan diri kita sebagai penunggang mosikal, tetapi juga melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

    SMK(L)Methodist  adalah merupakan beberapa buah sekolah di Zon Sentul  yang terpilih dalam program ini .Bertempat di SMK Agama Kuala Lumpur pada 14/9/2009 aktiviti ini dijalankan dengan bertujuan meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan pelajar dijalan raya disamping mempersiapkan pelajar sebagai pengguna yang berhemah.

Sekolah kita telah menghantar seramai 30 peserta yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4.
Aktiviti dijalankan dalam dua sesi iaitu :
1)Teori  2) Praktikal

Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh bekas-bekas pelumba motosikal negara yang profesional yang telah memenangi beberapa kejohanan peringkat Asia.

      Menaiki bas dan tiba di SMKAKL
      jam 8.15 pagi
   Diberi taklimat oleh jurulatih yang profesional dalam sesi praktikal jalan raya
   Peralatan yang perlu dipakai semasa sesi praktikal
Motosikal yang digunakan semasa sesi latihan
Jurulatih menunjukkan cara membelok yang betul
Hero MBS bersiap-sedia menyahut cabaran
Para peserta menguji kebolehan masing-masing
Kemahiran melakukan brek kecemasan yang betul juga turut di ajar oleh jurulatih
Pelajar-pelajar MBS beratur untuk mengambil giliran dalam sesi praktikal
Pelajar-pelajar juga didedahkan tentang kaedah asas keselamatan di jalan raya dalam Sesi Teori oleh jurulatih berpengalaman
Program ini juga melibatkan pelajar perempuan dari sekolah lain
    Terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Program En. Wazi Abdul Hamid(Juara Expert 1996) kerana menganjurkan program yang berfaedah dan banyak memberi informasi berguna kepada bakal-bakal penunggang motosikal berhemah di jalan raya.

-Cikgu 4zee-

Saturday, September 12, 2009

Laporan Sistem Merit Dimerit 2009

Makluman kepada warga MBS !!! Kedudukan mata merit dan dimerit sudah dikemaskini sehingga bulan Ogos.Penilaian sahsiah pelajar ada dinyatakan sekali...Anugerah Pelajar pada bulan Oktober nanti akan berdasarkan kriteria tersebut. Pihak Lembaga Disiplin Sekolah berharap agar pelajar yang dikategorikan "Tidak Memuaskan" boleh menunjukkan perubahan yang positif pada tahun hadapan, manakala pelajar yang dikategorikan "Terpuji" dan "Cemerlang" tahniah diucapkan dan syabas .. semoga dapat mengekalkan prestasi tersebut..Anda boleh berbangga menjadi "Pelajar Berakhlak Mulia 2009".


 Merit melebihi 200 mata
Cemerlang

 Merit melebihi 150 mata
Terpuji
 Merit melebihi 100 mata
Baik
 Merit melebihi 50 mata
Sederhana

 Merit kurang dari 50 mata

Tidak Memuaskan


Kedudukan Mata Merit Dimerit 2009 (sesi pagi)

Friday, September 4, 2009

Persaraan Pengawas Tingkatan 5

 
Lembaga Pengawas SMK(L)Methodist Sentul 2009 mempunyai bilangan anggotanya seramai 80 pelajar. Barisan pengawas ini diketuai oleh saudara Chaziz a/l Samuel Solomon dan dibantu oleh 8 ahli jawatankuasa yang dipilih dan dilantik oleh Lembaga Pengawas.Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada Lembaga Pengawas sesi 2009 kerana berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang dan berdedikadi ,kesannya dapat dilihat apabila kes-kes salah laku pelajar  berkurangan.Adalah diharapkan generasi Lembaga Pengawas bagi tahun 2010 dapat mengekalkan prestasi berikut malah lebih cemerlang dengan aktiviti-aktiviti yang baru dan berdaya maju untuk peningkatan prestasi pengawas.Saya mewakili pihak Lembaga Disiplin sekolah mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Pengawas Tingkatan 5 di atas perkhidmatan yang disumbangkan kepada pihak sekolah dan "SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM" semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
"Jasamu Dikenang"
-Cikgu 4Zee-