Monday, September 14, 2009

Program Pemanduan Selamat Rakan Muda Sekolah 2009

      Program Rakan Muda Sekolah 'Selamat Di Jalan Raya' anjuran Kementerian Belia & Sukan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tentang keselamatan diri kita sebagai penunggang mosikal, tetapi juga melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

    SMK(L)Methodist  adalah merupakan beberapa buah sekolah di Zon Sentul  yang terpilih dalam program ini .Bertempat di SMK Agama Kuala Lumpur pada 14/9/2009 aktiviti ini dijalankan dengan bertujuan meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan pelajar dijalan raya disamping mempersiapkan pelajar sebagai pengguna yang berhemah.

Sekolah kita telah menghantar seramai 30 peserta yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4.
Aktiviti dijalankan dalam dua sesi iaitu :
1)Teori  2) Praktikal

Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh bekas-bekas pelumba motosikal negara yang profesional yang telah memenangi beberapa kejohanan peringkat Asia.

      Menaiki bas dan tiba di SMKAKL
      jam 8.15 pagi
   Diberi taklimat oleh jurulatih yang profesional dalam sesi praktikal jalan raya
   Peralatan yang perlu dipakai semasa sesi praktikal
Motosikal yang digunakan semasa sesi latihan
Jurulatih menunjukkan cara membelok yang betul
Hero MBS bersiap-sedia menyahut cabaran
Para peserta menguji kebolehan masing-masing
Kemahiran melakukan brek kecemasan yang betul juga turut di ajar oleh jurulatih
Pelajar-pelajar MBS beratur untuk mengambil giliran dalam sesi praktikal
Pelajar-pelajar juga didedahkan tentang kaedah asas keselamatan di jalan raya dalam Sesi Teori oleh jurulatih berpengalaman
Program ini juga melibatkan pelajar perempuan dari sekolah lain
    Terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Program En. Wazi Abdul Hamid(Juara Expert 1996) kerana menganjurkan program yang berfaedah dan banyak memberi informasi berguna kepada bakal-bakal penunggang motosikal berhemah di jalan raya.

-Cikgu 4zee-